Sunday 31 July 2011

ALUNAN RAMADAN

Video ini tidak dapat dibuka di sekolah kerana laman web youtube disekat oleh kementerian.
sila tekan butang pause di ruangan alunan ramadan disebelah kanan anda untuk mendengar video ini.
"SELAMAT BERHIBUR"
5.00 pagi 1/08/2011

 





kosmo online.1 OGOS 2011

RENCANA UTAMA

Ilham kontemporari buah kurma




KURMA atau tamar merupakan hidangan yang menjadi 'buruan' ramai terutamanya menjelang bulan Ramadan. Berbanding satu atau dua jenis yang diketahui oleh seseorang, sebenarnya terdapat ratusan jenis buah istimewa itu di seluruh dunia.
Di Arab Saudi sahaja, terdapat lebih daripada 400 jenis. Itu belum termasuk dari Mesir, Iran, Tunisia, Iraq dan di California, Amerika Syarikat.
Kurma jenis Nabi atau ajwa, sefri, barhi, khalas dan khodri yang berwarna merah hati (maroon) pula merupakan antara yang paling popular dan menjadi kegemaran utama penduduk di Tanah Arab.
Selain dimakan segar sesudah matang usia, zaman yang silih berganti kini menyaksikan kurma atau nama saintifiknya, phonex dactylifera, dinikmati dengan pelbagai cara dan rupa.
Buah dari jenis tumbuhan palma itu kini direvolusikan dengan tambahan elemen, bahan atau perisa sampingan agar selari dengan kecenderungan dan selera masyarakat semasa.
Terbaru, sekumpulan anak muda dari syarikat UKP Management Enterprise mengambil inisiatif melakukan pembaharuan pembungkusan yang lebih dinamik terhadap buah yang kaya dengan khasiat itu.
Enam sekawan, Ashraf Zulkifli, 30; Mohd. Noor Nawawi Muhammad, 30; Ikhwan Mansor, 30; Abdullah Ismail, 28; Ahmad Nailan Rosli, 30 dan Shahrul Zaman Luqman, 30, terpanggil berbuat demikian setelah mereka berenam melakukan kajian menyeluruh tentang cita rasa berbeza rakyat Malaysia.
Selaku Pengarah Operasi syarikat, Ashraf memberitahu Kosmo!, ilham itu mula-mula hadir apabila mereka melihat kurma badam yang disalut coklat atau lebih dikenali dengan nama Chocodate menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan pencinta kurma.
"Selepas melihat fenomena luar biasa itu, kami terfikir mengapa tidak buah itu ditransisikan kepada beberapa elemen dan rasa tambahan agar ia lebih kontemporari dan sedap.
"Paling penting, rasa kurma yang diperbaharui itu sendiri mampu dihadam orang ramai dan tidak menjejaskan keaslian rasa kurma itu sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
10 ciri baharu
Sempena Ramadan kali ini, usahawan-usahawan muda ini membawa kelainan dengan memperkenalkan kurma yang berintikan 10 jenis gabungan bahan baharu.

ASHRAF dan rakan-rakannya lebih selesa memasarkan produk-produk keluaran mereka secara talian.


Antara yang menarik ialah kurma yang berintikan gabungan keju halomi, aprikot dan air mawar.
Tidak kurang juga, kurma yang terkandung bahan perisa campuran seperti coklat susu dan pudina; coklat susu dan durian; serta kombinasi empat jenis bahan iaitu halwa bijan, keju krim, pati delima dan air mawar.
Bagi penggemar jalinan rasa kurma dan kekacang, syarikat tersebut turut memperkenalkan kurma yang berintikan halwa bijan, kacang brazil, kacang macamedia, walnut dan kacang pikan.
Menurut Ashraf, mereka melakukan uji kaji kepada kesemua bahan itu selama beberapa bulan lamanya demi mendapatkan rasa yang ideal.
"Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan yang paling penting, ia tidak menjejaskan kesihatan," ujarnya dan memberitahu perniagaan itu diusahakan sejak tahun 2009.
Pemilihan kacang pikan misalnya, dapat membantu menyembuhkan penyakit insomnia. Bijian tersebut juga mengandung vitamin B, khususnya vitamin B6 yang dapat menenangkan sistem saraf yang terlalu aktif.
Pati delima pula ujar Ashraf, berupaya membantu menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan, membakar kalori dengan cepat selain meningkatkan tenaga dan memulih keletihan tubuh badan.
"Kurma-kurma ini juga tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk," tambahnya.
Kreatif
Imaginasi enam sahabat yang berkawan sejak di bangku sekolah menengah itu sangat mengagumkan dari sudut seni kreatif.
Bukan saja melakukan penyelidikan dan pembangunan, sebaliknya mereka turut mempunyai bakat dengan menawarkan gubahan bungkusan hamper kurma yang dibuat oleh mereka sendiri.
"Kurma yang syarikat kami tawarkan boleh dibeli begitu saja, tapi penampilan kurma itu akan lebih terserlah jika ia dipakejkan dengan sempurna.
"Pelanggan boleh memilih stail dan jenis kurma mengikut kehendak masing-masing untuk digubah," kata Ashraf.
Daripada banyak jenis gaya hamper yang ditunjukkan seperti yang diperbuat daripada mengkuang pandan, bungkusan hamper yang berbentuk kitab antara yang paling kreatif dan paling menarik perhatian. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

KURMA yang dipesan boleh dipakejkan dengan pelbagai stail mengikut citarasa masing-masing.


Dalam pada itu, pada tahun ini juga, kata Mohd. Noor Nawawi selaku pengarah syarikat, pihaknya turut memperkenalkan pakej hadiah yang dinamakan Set Ibadah. Set itu terdiri daripada kain telekung, kain sembahyang dan kain pelikat yang dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Satu tan kurma
Jika pada tahun-tahun sebelumnya, UKP Management hanya menyediakan di antara 500 hingga 600 kilogram (kg), namun pada Ramadan ini, sebanyak satu tan kurma pelbagai jenis dijadual akan dipasarkan.
Kurma-kurma seperti kurma safia bertangkai, madu yuta, mabrum, ambar, wasem, medjoul dan amina didapatkan secara terus daripada pengedar terkemuka negara, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, terdapat lebih 30 jenis kurma yang diambil dari syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu.
"Selain itu, kami juga ada mengimport kurma dari Iran seperti kurma mariami dan mudofatibam serta kurma yang dipanggil deglenour yang didatangkan khas dari Tunisia," kata Mohd. Noor Nawawi sambil memberitahu syarikatnya banyak menerima tempahan daripada syarikat guaman dan pejabat-pejabat kerajaan.
Seperti memahami kehendak pelajar Asia Barat yang semakin berkembang di institut pengajian tinggi awam di negara ini, syarikat ini turut mengimport sajian-sajian lain yang terkenal seperti halwa dan knafeh (sejenis puding yang diperbuat daripada yogurt, susu dan kacang).
"Pejabat kami secara kebetulan terletak di universiti, jadi ramai pelajar Arab bertanya. Daripada situ kami dapat idea untuk membawa masuk makanan itu ke Malaysia," katanya.
Bagaimana untuk berurusan dengan mereka? Mudah saja kerana semuanya dilakukan atas talian. Jika anda tidak berkesempatan untuk mengambil tempahan, usah khuatir kerana syarikat ini menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah.

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH DAN PUASA

assalamualaikum w.b.t kepada semua warga MHS...Pihakpanitia pendidikan islam mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih..Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini dengan KERAHMATAN,KEAMPUNAN DAN PELEPASAN DARIPADA API NERAKA. Kepada mereka yang pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga, hati-hati memandu pergi dan pulang...Semoga Allah sentiasa menjaga anda dimana anda berada....

berbuka puasa...(Gambar Hiasan)

doa mereka yang berbuka puasa...

solat terawih

Selamat menunaikan solat terawih

Solat terawih
31/7/2011
6.00 ptg...

Friday 29 July 2011

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN PUASA (BULAN RAMADAN)


MEMO DALAMAN

DARIPADA:         PENGETUA SMK TINGGI MELAKA
KEPADA:              SEMUA GURU MHS

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN PUASA
(BULAN RAMADAN)
KONSEP :             -Bilangan waktu dikurangkan.
                                -balik lebih awal( 1 waktu awal dari hari biasa)
                                -Balik 2.00 petang.
                                -Setiap waktu dikurangkan sebanyak 5 minit
                                -Hari Jumaat jadual waktu seperti baiasa
Waktu
Masa biasa
Masa di bulan ramadan
1
7.40-8.20
7.40-8.15
2
8.20-9.00
8.15-8.50
3
9.00-9.40
8.50-9.25
4
9.40-10.20
9.25-10.00
5
10.20-11.00
10.40-11.20
10.00-10.35(MA)
10.20-10.55(MR)
6
11.00-11.40
11.20-12.00
10.35-11.10(T6)
10.55-11.30(MR&MA)
7
12.00-12.40
11.30-12.05
8
12.40-1.20
12.05-12.40
9
1.20-2.00
12.40-1.20
10
2.00-2.40
1.20-2.00
11
2.40-3.20
2.00-2.35

WAKTU REHAT
REHAT MR
10.20-10.40
10.00-10.20
REHAT MA
11.00-11.20
10.35-10.55
REHAT T6
11.40-12.00
11.10-11.30

TARIKH BERKUATKUASA: 2-26 OGOS 2011



Wednesday 27 July 2011

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN AL MUBARAK


PROGRAM IHYA’ RAMADHAN AL MUBARAK

Tarikh    : 2 HB OGOS 2011 Hingga 26 HB OGOS 2011

Tempat  :  SMK Tinggi Melaka


1.0 : OBJEKTIF

            1.1  Satu usaha yang berterusan  dalam menunaikan ibadah puasa
            1.2  Menghayati ibadat dalam kehidupan sebagai seorang Islam
            1.3  Melatih  dan meminpin pelajar dalam menghayati syiar Islam
            1.4  Membentuk semangat  ukhuwah dan dapat mengamalkan banyak amalan sunat

2.0 : TENTATIF PROGRAM

    Tarikh
                AKTIVITI
           CATATAN
2 Ogos- 25 Ogos 2011
  1. Tilawah Al-Quran mengikut tingkatan masing-masing
Waktu agama tambahan. Agihan surah bacaan akan diberi mengikut tingkatan..
Guru  akan menjadi pembimbing dan bersama pelajar sepanjang program berjalan.


  1. Memasang kain rentang atau banner sebagai ingatan kepada warga SMK Tinggi Melaka dalam menghayati bulan Ramadhan yang mulia.
Rm- 120 kos kain rentang/ banner




2 Ogos -25 Ogos 2011
  1. Tazkirah 5 minit semasa amali solat .
Teks tazkirah disediakan oleh guru-guru PI semasa waktu amali dan seorang pelajar akan ditugaskan memberi tazkirah ringkas.

  1. Majlis Berbuka Puasa Warga SMK Tinggi Melaka
-          Tazkirah
-          Berbuka Puasa
-          Solat Maghrib
-          Solat Isyak dan tarawih
-          Jamuan ringan / Moreh
Dijalankan bersama Panitia Pendidikan Islam/ Lembaga surau sekolah dan Asrama SMK Tinggi Melaka

Tempat : Surau Sekolah dan Asrama SMK Tinggi Melaka

2 ogos – 26 ogos 2011
  1. Mengagihkan Risalah berkaitan Ramadhan kepada Warga SMK Tnggi Melaka

Diusahakan oleh Panitia Pendidikan Islam
2 Ogos  - 26 Ogos 2011
  1. Menampal maklumat terkini berkaitan Ramadhan Al Mubarak di papan kenyataan Pendidikan Islam, Sudut MHS kelas-kelas dan blok PPI SMK Tinggi Melaka.

Diusahakan oleh Persatuan Agama Islam
5 Ogos 2011
  1. Tazkirah Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan Bulan Barakah

Ustaz Abdul Halim  bin Yazid
12 Ogos 2011
  1. Tazkirah Ramadhan Al Mubarak
Kelebihan  amalan sunat dalam bulan Ramadhan Al Mubarak
Ustazah Rosmawati bt Abd Rashid
19 Ogos 2011
  1. Tazkirah Ramadhan Al Mubarak
Ustaz Hamzah b Kamaruddin
26 Ogos 2011
  1. Tazkirah Ramadhan Al Mubarak

Ustaz Hashim Buang
26 Ogos
  1. Majlis Khatam al-Quran SMK Tinggi Melaka dan Agihan HariRaya
-          Bacaan Yasin
-          Tahlil ringkas
-          Khatam al-Quran
-          Bacaan Doa Khatam al-Quran
-          Penyampaian agihan Hari Raya kepada pelajar miskin

AJK khatam al Quran


Tempat :  Dewan Sekolah
Masa     : 7. 20- 9.00 pagi
2 Ogos – 26 Ogos 2011
  1. Buletin Ramadhan

Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan akan dimasukkan ke blog.
http://ramadanmhs.blogspot.com






3.0  SENARAI  AJK KERJA DAN PANDUAN TUGAS
BIL
                NAMA AJK
            PANDUAN TUGAS
 1
Penyelaras Program
 Ustazah Rosmawati Bt Abd Rashid
1.Merancang kertas cadangan program
2 . Menyelaras program


 2
Program Berbuka Puasa / Khatam Al Quran
  1. Ustaz Hashim b Buang
  2. Ustaz Hamzah b Kamaruddin
  3. Ustazah Rosmawati Abd Rashid
  4. Ustazah Nik Mayuni  bt Nik Abd Rahman

1  Merancang perjalanan program
2 . Mengurus perjalanan program

 3
Buku Program/ Brosur/Edaran/ promosi
  1. Ustazah Napisah B Jusoh
  2. Ustazah Hafizah bt Md  Noor
 Membuat dan mengedar brosur serta mempromosikan program-program yang dijalankan semasa bulan Ramadhan  kepada semua warga SMK Tinggi Melaka

 4
Peralatan PA Sistem
  1. En Kamarul Ariffin
  2. En Mohd Isa b Hasan
1 . Menyediakan dan memastikan PA Sisitem dalam keadaan baik semasa program – program dijalankan
2 . Menyediakan LCD dan Skrin

 5
Dokumentasi
1.      Ust Abd Halim B Yazid
2.      Ustaz Hamzah b Kamaruddin

 1.Merakamkan gambar sepanjang program
  2. Membuat dokumentasi setiap program yang dijalankan

 6
Sumbangan dan Kebajikan-Agihan Hari Rya kepada  pelajar miskin

  1. YBhg. Datin Hjh Yusmar bt. Yazid
  2. Pn Hjh Maimunah bt Ismail
  3. Ustazah Suriani bt Musa

 Mencari Sumbangan dan memastikan nama pelajar yang menerima.
 7
Program Tilawah al-Quran

Semua Ustaz dan Ustazah  serta guru-guru Islam SMK Tinggi Melaka

Bersama-sama memastikan perjalanan program berjalan lancar
 8
Persediaan Tempat / Dewan
  1. Ustazah Suriani bt Musa
  2. En Abd Rashid b Sarmani
Menyediakan tempat aktiviti yang dijalankan.

editor: ustaz hamzah
10.00 pagi. 28/7/2011

RAMADAN MHS BERMULA

Assalamualaikum w.b.t...insyallah kita akan mula berpuasa pada hari isnin ini....justeru itu pihak panitia pendidikan islam dan lembaga surau menyediakan lagi satu blogspot untuk tatapan semua warga mhs...blog ini dinamakan ramadan maya.

Setiap hari pihak kami kami merakamkan segala aktiviti sepanjang bulan ramadan dan menyediakan tazkirah  setiap hari kepada semua warga MHS didalam blog ini..semoga kita semua boleh mendapat manfaat dan meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ramadhan...

Dan dialu-alukan kepada semua warga MHS yang berminat menulis artikel ,puisi ,sajak boleh lah menghantarnya di  email ramadanmhs@yahoo.com. Insyallah artikel, puisi ,sajak anda akan  diletakkan di dalam blog ini. untuk tatapan warga MHS .....Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan...


ust hamzah 
9.30 malam ( 27/7/2011)

                                                                         puasa 1
                                                                     dugaan bulan puasa
                                                                        esok puasa
                                                                        solat terawih
                                                                       niat puasa
                                                                       niat berbuka puasa
                                                                        malam lailatul qadar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...